Apa itu IVF? Persenyawaan In Vitro atau lebih dikenali IVF merupakan rawatan kesuburan terkenal. IVF atau “bayi tabung uji” merupakan prosedur rawatan yang memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio.
Kemudian, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim wanita. Kaedah perubatan IVF boleh dijalankan dengan mendapatkan telur daripada wanita dan sperma daripada lelaki.
Berikut merupakan fakta-fakta dan tips IVF yang perlu anda ketahui sebelum menjalani IVF di Malaysia.
Masalah Ketidaksuburan Yang Boleh Dirawat Dengan IVF
Rawatan IVF mungkin boleh dijadikan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah kesuburan anda, jika anda atau pasangan anda mengalami masalah kesuburan seperti kiraan sperma yang rendah, endometriosis, gangguan ovulasi, masalah di rahium atau tiub falapio dan masalah ketidaksuburan lain yang tidak dapat dijelaskan.
Bagaimana Rawatan IVF Membantu?
Pada mulanya, wanita yang mempunyai masalah kesuburan akan menjalani terapi hormon di klinik rawatan kesuburan dan disuntik ke dalam urat untuk merangsang pembentukan beberapa folikel di dalam ovari.
Kemudian, folikel yang matang akan dikumpulkan dan disenyawakan dalam tabung uji dan dipantau rapi. Selepas pembentukan embrio, satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam rahim melalui faraj isteri.
Kadar Kejayaan IVF
Seterusnya, proses IVF berjaya bergantung kepada pelbagai elemen, seperti sejauh mana prosedur tersebit dilakukan, umur wanita dan kesihatan serta punca ketidaksuburan.
Secara amnya, kadar kehamilan adalah 67% daripada semua kitaran dan 60% adalah daripada kitaran yang menghasilkan kelahiran hidup untuk wanita yang berusia bawah umur 35 tahun.
Untuk pengetahuan anda, kemerosotan kadar kejayaan rawatan kesuburan bergantung kepada usia wanita dan bermula daripada kira-kira usia 30 tahun.
Apa Yang Berlaku Kepada Embrio Yang Tidak Digunakan?
Seterusnya, beberapa embrio yang dipindahkan ke dalam rahim ibu boleh meningkatkan peluang konsepsi.
Dengan kata lain, sepanjang pengalaman IVF, anda juga mempunyai peluang kehamilan kembar yang tinggi. Namun, ini hanya menambahkan risiko kepada ibu dan bayi tersebut.
Dalam kes ini, pengurangan janin boleh menjadi satu pilihan yang susah untuk setiap pasangan. Baik dari segi etika dan emosi mereka, jadi sesetengah pasangan boleh membuat pilihan dengan pemindahan hanya satu embrio sahaja. oleh itu, embrio yang selebihnya akan dibekukan untuk kegunaan kemudian hari.
Kos Dan Kesan Sampingan
Harga IVF di Malaysia mungkin berbeza mengikut lokasi pusat rawatan, perubatan dan polisi insurans anda.
Terdapat beberapa kesan sampingan daripada rawatan IVF, di mana anda akan mengalami kekejangan ringan, kembung, dan sedikit perdarahan selepas prosedur IVF dilakukan.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan faraj, kencing berdarah, deman panas atau sakit pelvis, anda disarankan segera berjumpa doktor anda.
Selalunya, prosedur rawatan IVF dijadikan pilihan terakhir untuk pasangan yang mempunyai masalah kesuburan selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan IUI.
Meskipun IVF merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini perlu masa yang panjang dan kos yang mahal.
Sebelum menjalani rawatan IVF, pastikan anda telah mendapatkan nasihat doktor dahulu, ketahui semua pilihan yang anda ada serta bersedia dari segi kewangan dan emosi kerana hampir semua pasangan tidak berjaya pada percubaan pertama mereka.
Adakah Rawatan IVF Berisiko?
Bayi-bayi yang dilahirkan melalui kaedah IVF, IUI atau ICSI tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan kerana sperma dan ovum disenyawakan di luar tetapi proses pembesaran berjalan seperti biasa di dalam rahim.
Seperti anda ketahui itu, rawatan IVF biasanya akan meningkatkan potensi kehamilan kembar atau kehamilan luar rahim. Namun, ini tidak perlu dijadikan satu kerisauan kera anda akan dipantau dengan teliti oleh doktor anda.